Onn Hafiz dan Rozi dilantik pimpinan UMNO negeri

Onn Hafiz dan Rozi dilantik pimpinan UMNO negeri

Umno hari ini mengumumkan pertukaran ketua di Johor serta Terengganu dalam usaha memperkasakan parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf memaklumkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai pengerusi Umno negeri yang baru berkuat kuasa serta-merta.



Onn Hafiz menggantikan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang memegang jawatan dalam kerajaan sebagai menteri pendidikan tinggi.

Turut dimaklumkan perubahan kepimpinan Umno Terengganu apabila Rozi Mamat dilantik sebagai pengerusi Umno Terengganu bagi menggantikan Ahmad Said.

“Mewakili keluarga besar Umno juga, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan Mohamed Khaled dan Ahmad atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin Umno Johor dan Umno Terengganu selama ini.

“Moga dapat meneruskan usaha memperkukuhkan dan memperkasakan Umno sebagai wadah perjuangan Bangsa, Agama dan tanah air,” kata Asyraf dalam kenyataan itu.



Sebelum ini, wujud gesaan supaya Ahmad berundur daripada terus memimpin Umno Terengganu.

Gesaan dilaporkan dibuat Timbalan Ketua Umno Kemaman, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang menggesa bekas menteri besar itu meletak jawatan selepas semua 32 calon BN yang bertanding pada PRN Ogos lalu mengalami kekalahan.

Wan Ahmad berkata, Ahmad sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan bekas menteri besar perlu memikul kekalahan teruk dialami Umno, BN.

Selain itu, BN juga kalah di semua lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Nov tahun lalu.



Umno terus mencatat kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman apabila calonnya, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tewas kepada calon Ahmad Shamsuri Mokhtar dengan majoriti lebih 37,000. BH

Onn Hafiz dan Rozi dilantik pimpinan UMNO negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona



Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker