Zayn Rayyan sah dibunuh

Zayn Rayyan sah dibunuh

SUNGAI BULOH – Kematian seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui malam tadi di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.



Kata Hussein, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

“Kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kecederaan dikesan pada leher dan badan,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam tadi, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mematian mengejut (SDR) sebelum keputusan bedah siasat diperoleh.



Kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui adalah ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut di kawasan sekitar kelibat kanak-kanak itu. K Online

Zayn Rayyan sah dibunuh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona



Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker