Padang Stadium Nasional seperti jeans lusuh

Padang Stadium Nasional seperti jeans lusuh

Beberapa jam menjelang final Piala Malaysia, esok, isu padang Stadium Nasional, Bukit Jalil terus menjadi api kemarahan dan bahan kecaman peminat bola sepak tempatan.

Berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial dipercayai situasi terkini padang Stadium Nasional, permukaan padang di gelanggang keramat Harimau Malaya itu tampak bertampal-tampal seperti jeans lusuh terutama di bahagian tengah.

Situasi itu merosakkan ‘mood’ banyak pihak terutama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (FC) yang akan bersaing merebut piala berprestij itu.

Tidak kurang juga keadaan padang berkenaan mencetuskan kerisauan terhadap risiko besar pemain berdepan kecederaan.

Melihat kepada keadaan semasa, pemain JDT dan TFC terpaksa hadap situasi itu kerana tiada lagi masa untuk padang berkenaan pulih kepada tahap terbaik.

Kapten JDT, Jordi Amat dalam sidang media, hari ini juga mengakui tidak gembira dengan keadaan terkini padang Stadium Nasional yang dianggap menjejaskan permainan kedua-dua pasukan.

“Saya berharap padang akan lebih baik, sejujurnya saya tidak gembira (dengan keadaan semasa padang).

Saya dapat lihat di kawasan tengah padang kurang baik,” katanya.

Isnin lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga penaja rumput baharu jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional memuat naik gambar terkini padang di gelanggang berkenaan yang dilihat masih rosak selepas konsert Coldplay, bulan lalu.

Ia sekali gus mencetuskan kemarahan peminat bola sepak dan sehingga ke hari ini isu padang rosak itu masih hangat diperkatakan meskipun aksi final akan berlangsung esok. BH

Padang Stadium Nasional seperti jeans lusuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker