Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Penyayi Syura Badron semalam tampil meluahkan rasa berang apabila dia dikecam tanpa henti oleh sesetengah netizen di media sosial berhubung isu tamatnya kes saman menyaman antara dia dan beberapa individu lain dengan penyanyi Siti Nordiana.

Kata Syura, dia memberi tempoh 24 jam kepada individu itu untuk tampil membuat permohonan maaf kepadanya atau dia akan mengambil tindakan undang-undang.



Tolong ambil perhatian! Dan untuk dia tolong direct message (DM) saya dalam tempoh 24 jam atau saya panjangkan perkara ini kepada peguam.
Korang tak sedar ke yang korang pun sedang mengumpat juga sekarang ni.
Ambillah pengajaran dari apa yang saya alami.
Kalau ada yang nak merasa naik turun mahkamah, sila teruskan berbuat demikian, tunggu je surat lawyer dari saya.

Syura juga berkongsi mengenai hal itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya selain menunjukkan tangkap layar kata-kata yang dilemparkan individu itu terhadap dirinya.

Tak payah jadi penunggang agama la Syura. 3 ekor tu bukan ada degree pun, setakat artis sampah. Menyanyi pun sendu.
Eh sial la tuduh kitorang netizen. Korang yang mengumpat Nana, salahkan netizen pulak.

Terdahulu, Siti Nordiana membuat permohonan maaf kepada lima defendan iaitu Syura, Lan Solo dan isteri serta dua individu lain selain menyatakan dia memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.



Kontroversi mula tercetus apabila kelima-lima sekawan itu ada membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka ketika sesi Instagram live pada 20 Julai 2021 yang lalu.

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona



Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker