PU Syed sekolahkan wanita persenda poligami

PU Syed sekolahkan wanita persenda poligami

Baru-baru ini, tular mengenai satu perkongsian di media sosial TikTok daripada seorang individu yang memberi bayangan jika wanita bergelar isteri dibenarkan untuk berpoligami atau memiliki dua orang suami dalam satu masa.

Perkongsian tersebut kemudiannya menerima banyak komen yang rata-ratanya daripada kaum wanita yang menganggap ‘untung’ jika si isteri dibenarkan untuk berpoligami seperti kaum lelaki.

Kata sesetengah netizen itu, mereka gembira seadainya wanita boleh bersuami dan ada yang bercita-cita nak memiliki 4 orang lelaki dalam satu masa.

Maklum dengan perkara itu, pendakwah selebriti, PU Syed tampil memberikan teguran ‘pedas’ buat mereka yang kononnya bergurau mengenai poligami yang turut berkaitan dengan agama Islam.

Kata PU Syed, perkara tersebut tidak boleh dibuat gurauan dan seperti menghina ketetapan agama.

Dia juga menyifatkan golongan wanita yang meninggalkan komen seperti itu sebagai kurang ilmu agama dan memalukan serta menjijikkan.

Ramai kaum wanita yang kurang ilmu agama muncul, meninggalkan komen yang sangat menyalahi agama serta melontarkan komen pelik dengan anggapan itu adalah gurauan. Namun hakikat sebenarnya ia satu perkara yang menghina ketetapan agama.

Tambahnya lagi, perkara seperti itu boleh dibuat lawak dan meminta agar mereka yang terlanjur meninggalkan komen seperti itu untuk memohon ampun kepada Allah S.W.T.

Jika mereka sedar, mohonlah ampun kepada Allah dan memadam kembali posting atau komen yang mereka tinggalkan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PU Syed sekolahkan wanita persenda poligami

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker