Kes Covid-19 meningkat, MMA beri peringatan jangan abai simptom selsema

Peningkatan kes Covid-19 dengan kebanyakan pesakit dilapor mengalami gejala ringan menimbulkan kebimbangan bahawa ramai pesakit mungkin mengabaikan prosedur yang boleh mengelakkan wabak itu daripada merebak, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini mengingatkan dua langka penting untuk diambil bagi mereka yang mengalami simptom Covid-19 iaitu menjalani ujian dan kuarantin kendiri.

“Mereka yang mengalami simptom seperti selesema, walaupun ringan, harus mengambil langkah bertanggungjawab dalam ujian kendiri dan segera mengasingkan diri untuk tempoh yang ditetapkan jika didapati positif Covid-19.



“Kita masih perlu melindungi mereka yang rentan yang berisiko mengalami Covid-19 yang teruk.

“Individu berisiko tinggi perlu memastikan mereka memakai pelitup muka apabila berada di hadapan orang lain dan mempertimbangkan untuk mengambil do penggalak (booster) yang disyorkan,” katanya.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata jumlah kes baru Covid-19 meningkat sebanyak 57.3 peratus kepada 3,626 kes minggu lepas berbanding 2,305 kes yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan juga berkata 48 peratus daripada kes itu melibatkan mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun, dengan lebih 98 peratus daripadanya hanya mengalami simptom ringan.



Menurut Radzi, empat varian Omicron baru dilaporkan dalam tempoh sama, yang kesemuanya merupakan varian yang membimbangkan.

Tahun lepas, formulasi vaksin Covid-19 telah dikemas kini kepada formulasi bivalen yang menyasarkan varian Omicron serta strain asal yang pertama kali dikesan di Wuhan, China.

Formulasi tahun ini dikemas kini dengan formulasi monovalen berdasarkan varian XBB.1.5.

Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan vaksinasi semula untuk melindungi diri daripada varian Omicron – dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas dos sebelum ini – terutamanya bagi individu dalam kalangan populasi sasaran, termasuk kakitangan kesihatan dan individu lemah imun.



Ditanya sama ada ketiadaan formulasi vaksin Covid-19 baru yang dikemas kini di Malaysia turut menjadi punca kebimbangan tersebut, Azizan berkata peratusan mereka yang belum mengambil dos penggalak masih tinggi.

“Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini harus mempertimbangkan untuk mengambil dos penggalak kerana ia masih melindungi daripada Covid-19 yang teruk,” tegasnya.

Sementara itu, dua pakar kesihatan awam lain menyuarakan pandangan serupa bahawa langkah waspada berhubung protokal kesihatan perlu diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 di dalam dan luar negara.

Pensyarah Utama Perubatan Jabatan Kesihatan Awam UiTM, Dr Khalid Ibrahim berkata jumlah kes Covid-19 akan terus meningkat dan menurun dalam “gelombang kecil”, justeru lonjakan kes jangkitan sepatutnya telah dijangka.



“Ini kerana virus itu terus bermutasi.

“Sekali-sekala, akan ada varian baru yang dapat mengelakkan imuniti tubuh sedia ada,” kata Khalid kepada Malaysiakini.

Ketika kemuncak pandemik Covid-19, sejumlah kes dicatatkan di negara-negara ketika memasuki musim dingin yang sering dikaitkan dengan penyakit pernafasan.

“Sesetengah negara mengaitkan lonjakan (sekarang) ini dengan varian baru BA 2.86. Saya setakat ini belum tahu mengenai Malaysia,” katanya sambil menambah kajian berkaitan akan dijalankan oleh bahagian virologi Institut Penyelidikan Perubatan.



“Biasanya genome typing akan dijalankan apabila hospital mengesyaki varian baru dengan tahap virulensi berbeza daripada varian sedia ada,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker