Taman Bandar TRX, syok sangat kah? (Video)
Taman Bandar TRX, syok sangat kah? (Video)
Penuh perkongsian di laman sosial sehingga menjadi viral berhubung Taman Bandar TRX, di ibu kota yang baharu sahaja dibuka 29 November lalu.
Menariknya, ramai warga kota mengambil kesempatan mengunjungi taman bandar itu bagi membawa anak mereka bermain di taman tema air yang turut disediakan di situ.
Namun sayangnya, tindakan sesetengah pihak yang tidak peka ketika membawa anak mereka bermain di taman tema air di situ, menyebabkan sebahagian kemudahan di situ rosak dan terpaksa ditutup buat sementara.
Berdasarkan akaun X, SkycrppersMY, mereka memaklumkan tidak sampai seminggu dibuka, permainan interaktif air di sebuah pusat beli belah sudahpun rosak.
“Permainan itu memang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain air, tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi berendam atau berkubang,” menurut SkycrppersMY.
Ramai juga warganet kecewa dengan perkembangan itu yang menyifatkan ia suatu bentuk vandalisme selain mempertikaikan ketidakpekaan ibu bapa yang membiarkan anak berbuat demikian.
Sebelum ini melalui akaun X, @factura, pihaknya melahirkan kekesalan kerana terdapat kemudahan yang bukan dikhaskan untuk mandi iaitu ‘spiral thing’ di situ, namun ibu bapa membiarkan anak mereka berbuat demikian.
“Sudah macam taman tema air pula, tak rasapun benda ‘spiral thing’ itu tempat mandi budak, yang mak ayahpun pilihlah kawasan khas kalau nak basahkan anak. Penatlah tengok.
Perkongsian itu mendapat sehingga 3.7 juta tontonan dengan pelbagai pandangan, ada yang mengkritik tindakan tidak beradab itu, malah ada juga yang mempertahankan bahawa tempat terbabit sememangnya dikhaskan untuk kanak-kanak bermain.
Seorang warganet berpandangan, tindakan terbabit bukan berkaitan masalah taraf hidup masyarakat B40, M40 atau T20 namun ia lebih kepada adab.
Taman Bandar TRX yang merupakan antara taman ‘rooftop’ terbesar di dunia, umpama sebuah kawasan luas yang lengkap dengan pemandangan hijau, air terjun, tempat berkelah dan taman permainan.
Ia terletak di tingkat tiga atas bumbung sebuah pusat beli-belah dengan lebih 150 pokok pelbagai spesis ditanam di kemudahan terbabit selain dikatakan tempat riadah dan ‘healing’ sempurna untuk warga kota.
Taman itu dibuka bermula jam 7 pagi hingga 11 malam dan orang ramai boleh masuk dengan percuma.
Taman Bandar TRX adalah taman awam utama pertama di Kuala Lumpur dalam tempoh lebih daripada 20 tahun. Taman ini bakal menjadi salah satu taman atas bumbung terbesar seumpamanya di dunia. BH
[videopress Q8RSYD6Z]Taman Bandar TRX, syok sangat kah? (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Isham Jalil kalau berani sila hadir mesyuarat MKT malam ini – Zahid
- Boikot Israel memberi kesan ketara kepada Starbucks
- Kes saman selesai tapi masih maki dan caci
- Mak Cik Kemboja, anak didakwa esok
- Penyewa tikam, kelar tuan rumah
- Azlan tak lafaz cerai, gaduh pasal bisnes
- Keluarga tebusan Israel berang selepas berjumpa Netanyahu
- Umno terhuyung-hayang jika bersama PN – penganalisis
- Dakwaan merogol adalah cubaan Israel fitnah dan cemar reputasi Hamas
- ‘Umpama mimpi’, Pengawal keselamatan terkejut dan terharu mendapat pengiktirafan dari Istana Negara
- Jovian, Nina Ismail Sabri bercerai sejak empat bulan lalu
- Isham perjelas selepas gambar bersama Khairuddin tersebar
- Influencer kantoi curang cerai talak tiga
- Jasmine Suraya dimaki tidak fasih berbahasa Melayu satu masa dahulu
- Ibu buat video lucah anak perempuan untuk lunas hutang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak
Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin
Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya