Kanak-Kanak Perempuan Tercampak Keluar Dari Kereta [VIDEO]

Kanak-Kanak Perempuan Tercampak Keluar Dari Kereta [VIDEO]

Rawang: Seorang kanak-kanak dipercayai perempuan tercampak dari kereta dinaikinya semasa membuat pusingan U di Jalan Tasek Puteri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak terbabit tercampak dari sebuah kereta Perodua Myvi di lokasi berkenaan.

“Dalam kejadian itu, kereta dinaiki mangsa membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di lokasi itu hingga mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan.



“Seorang lelaki kemudian membantu mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada seorang wanita tempatan dipercayai ibu kanak-kanak terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana orang bertanggungjawab ke atas seseorang kanak-kanak didapati menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau 03-61262222,” katanya.-HM

Kanak-Kanak Perempuan Tercampak Keluar Dari Kereta [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker