Mana ada Terengganu dianaktiri

Kerajaan pusat belanja RM1.19 bilion, keempat tertinggi

Mana ada Terengganu dianaktiri

KUALA TERENGGANU: Meskipun ditadbir blok pembangkang, Terengganu ternyata sama sekali tidak pernah dianaktirikan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengarah Pembangunan Negeri di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Terengganu, Abdul Kahar Abdul Latif, berkata kerajaan persekutuan, telah menyediakan peruntukan pelaksanaan projek pembangunan agak tinggi untuk Terengganu, yang ditadbir PAS.

“Jika dilihat kepada unjuran peruntukan pembangunan bagi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) mengikut tahun bermula dari Rolling Plan Pertama (RP1) bagi tahun 2021 sehingga sekarang, jumlah peruntukan untuk Terengganu terus meningkat.

“Pada RP1 RMK12, sebanyak RM725.96 juta telah diluluskan dengan jumlah projek sebanyak 225. Pada tahun 2022 iaitu RP2 RMK12, sebanyak RM1.37 bilion telah diluluskan bagi 365 projek, manakala RP3 sebanyak RM1.39 bilion pula diluluskan melibatkan 407 buah projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Bersama Media 2023.

Kahar berkata, sebanyak RM1.19 bilion telah dibelanjakan setakat ini daripada keseluruhan RM1.39 bilion yang diterima, sekali gus meletakkan prestasi perbelanjaan Terengganu di kedudukan keempat tertinggi di Malaysia.

Memperincikan lebih lanjut, Kahar berkata daripada 407 buah projek RP3 RMK12, beberapa projek berimpak besar kini sedang dilaksanakan, antaranya pembinaan Hospital Kemaman dan Hospital Dungun yang masing-masing menelan kos RM405.41 juta dan RM145.83 juta.

“Antara lain, pembinaan Balai Bomba Kuala Nerus yang bernilai RM5 juta, Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Kawasan Tadahan Kuala Terengganu Selatan (RM418.15 juta), dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kuala Nerus (RM69.92 juta),” katanya.

Kahar berkata, beberapa projek keutamaan negeri juga telah berjaya disiapkan pada tahun ini, antaranya Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka yang menelan kos RM150 juta, Projek Perumahan Rakyat Kuala Nerus (RM94.24 juta), serta meninggikan aras Jalan Chukai ke Air Putih di Kemaman (RM57.59 juta).

“Kami juga telah melaksanakan 615 projek kecil meliputi penyelenggaraan jalan, longkang, dewan orang ramai, masjid, surau, pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir, serta pelbagai ameniti sosial berjumlah RM39.76 juta.

“Ini termasuk masjid yang masih dalam pembinaan iaitu Pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya bernilai RM11.19 juta, Masjid Kampung Langgar di Kuala Berang (RM5.3 juta), dan Masjid Kuala Kubang di Jabi, Besut (RM2.87 juta),” katanya.

Justeru, beliau berkata meskipun pentadbiran kerajaan Terengganu tidak sehaluan secara politik dengan kerajaan pusat, namun hubungan baik yang terjalin antara Terengganu dan Putrajaya akan terus memungkinkan pembangunan di negeri ini untuk manfaat setiap rakyatnya. FMT

Mana ada Terengganu dianaktiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker