Pertuduhan jenayah terhadap Stampa, permulaan keadilan untuk rakyat Malaysia – Azalina

Pertuduhan jenayah terhadap Stampa, permulaan keadilan untuk rakyat Malaysia – Azalina

Pertuduhan jenayah ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa, yang bertanggungjawab atas penipuan dinamakan “Anugerah Sulu” sebanyak AS$14.9 bilion di Mahkamah Jenayah Madrid, Sepanyol, hari ini adalah permulaan keadilan kepada 32 juta rakyat Malaysia.

Menyifatkan hari ini sebagai hari yang penting untuk Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Malaysia mempunyai penuh kepercayaan terhadap sistem keadilan Sepanyol.



Azalina berkata, Stampa berdepan tuduhan jenayah menghina Mahkamah yang serius dan bagi amalan profesional tanpa kelayakan, yang dibawa Pejabat Pendakwa Raya Sepanyol dan Malaysia kerana beliau secara terbuka dan dengan sengaja mengingkari beberapa perintah yang mengikat daripada Mahkamah Tinggi Madrid.

“Stampa sudah diberitahu berkali-kali bahawa pelantikannya sebagai penimbang tara dibatalkan, namun masih memutuskan untuk mengisytiharkan anugerah timbang tara selepas memindahkan timbang tara itu ke Paris.

“Beliau dibayar lebih AS$2.5 juta untuk keputusan ini. Tindakannya adalah tanpa duluan dalam sistem timbang tara antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Stampa dinamakan sebagai defendan dalam prosiding jenayah di Sepanyol yang dibawa Pejabat Pendakwa Raya negara itu dan Malaysia, dan akan berdepan pertuduhan menghina mahkamah dan amalan profesion tanpa kelayakan.



Mahkamah Tinggi Sepanyol sebelum ini mengisytiharkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan memerintahkannya untuk menamatkan prosiding kerana satu-satunya hak beliau untuk bertindak sebagai penimbang tara adalah terbatal.

Stampa yang memperoleh lebih AS$2.5 juta daripada kumpulan mengaku waris Sulu (dibiayai oleh pembiaya litigasi, Therium), dengan sedar enggan mematuhi perintah itu.

Mahkamah di Perancis dan Belanda pula mengisytiharkan pada Jun lalu bahawa Malaysia tidak pernah setuju perkara itu dibawa kepada timbang tara, dan justeru, timbang tara palsu tidak sepatutnya berlaku. BH

Pertuduhan jenayah terhadap Stampa, permulaan keadilan untuk rakyat Malaysia – Azalina



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker