Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob

Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob

Kementerian Dalam Negeri perlu campur tangan dan membentuk pasukan penyiasat susulan dakwaan rancangan untuk menjatuhkan Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay, kata bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago berkata, pasukan itu mesti dianggotai individu di luar pasukan polis bagi menyiasat dakwaan Ayob yang menyatakan “ada pihak tertentu” cuba menjatuhkannya, termasuk Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya.



“Jika tidak, kedua-dua mereka akan terus ditohmah dan tidak ada penjelasan jelas jika bos mereka kata ‘kalau nak siasat silakan’,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bebas diperlukan memandangkan polis tidak molek untuk melaksanakan siasatan terhadap pasukan sendiri.

Pada Khamis, Ayob pada forum sempena Hari Integriti di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, berkata ada pihak tertentu cuba menjatuhkannya dan mencemarkan reputasinya menerusi “tohmahan dan tuduhan”.

Bekas ketua polis Johor itu berkata, beliau tetap dengan pendiriannya, mengalu-alukan sebarang siasatan berhubung tuduhan terhadapnya, tanpa memberikan butiran lanjut mengenainya. FMT



Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker