3 pengarah syarikat ditahan ‘kencing’ pelaburan berjumlah hampir RM4 Juta

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga pengarah sebuah syarikat kerana disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan ‘Giganation GIB’.

Tanpa mendedahkan tempat suspek ditahan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata semua suspek berusia lingkungan 49 hingga 57 tahun itu ditahan pada Khamis lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati syarikat itu memulakan operasi sekitar 2017 dan menjalankan perniagaan berkaitan pembangunan hartanah, pembangunan tanah, pembangunan tanah pertanian, pembangunan aset dan pengurusan liabiliti.



Menurutnya, promosi pelaburan dibuat melalui laman Facebook serta ejen syarikat yang dilantik dengan menawarkan dua pakej iaitu GIB Sub Let 2020 (tempoh matang dua tahun dan dua bulan) serta GIB Sub Let Flipping 2020 (tempoh matang setahun).

“Modus operandi sindiket ini adalah wang pelabur akan dilaburkan dalam bidang hartanah dan pelabur dijanjikan keuntungan sebanyak RM540 setiap 45 hari (bagi pakej pertama) dan setiap 60 hari (bagi pakej kedua).

“Kebanyakan pelabur telah menerima dividen dalam satu atau dua bulan pertama namun selepas itu ianya tidak lagi dibayar,” katanya dalam sidang media.

Ramli berkata semua suspek direman selama tiga hari sehingga hari ini dan akan sambung reman sehingga 12 Dis ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Beliau berkata sejak Mac 2021, JSJK menerima 57 laporan polis di seluruh negara berkenaan kegiatan penipuan pelaburan yang didakwa mempunyai kaitan dengan Syarikat Giganation GIB Berhad.

“Setakat ini, nilai kerugian yang dilaporkan telah mencecah RM3,992,486,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker