Tikam kepala, leher dan muka

Anak durjana bunuh ibu dan ayah.

Tikam kepala, leher dan muka

Punca kematian suami isteri warga emas yang disyaki dibunuh anak kandung mereka di Kampung Sungai Penchala dekat sini, kelmarin, disahkan akibat ditikam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

“Terdapat tiga kesan tikaman di kepala, leher dan muka.

“Kesan tikaman itu sama pada kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.43 malam Sabtu berhubung pergaduhan keluarga membabitkan suspek dengan ibu bapanya berusia 72 hingga 82 tahun.

Allaudeen dilaporkan berkata, mayat kedua mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah dipercayai dibunuh akibat ditikam.

Beliau dipetik berkata, pada 7.50 malam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan IPD Brickfields melakukan gerakan mengesan dan suspek berjaya ditangkap 10.30 malam hari sama.

Katanya, suspek baru dibebaskan dengan jaminan selepas dituduh di mahkamah baru-baru ini berkaitan kes dadah. BH

Tikam kepala, leher dan muka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker