Cari agensi pelancongan diragui

Cari agensi pelancongan diragui

Kerajaan perlu meneliti kemampuan kewangan agensi pelancongan demi membasmi penipuan dan meningkatkan standard operasi, kata kumpulan dagang.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) Khalid Harun, berkata hanya agensi berkelayakan dan mempunyai keupayaan kewangan stabil sahaja perlu diberi permit menjalankan operasi sebagai ejen pelancong.

Beliau berkata, agensi wajib memiliki sumber kewangan kukuh “sekiranya berlaku insiden pelanggan terkandas dengan agensi mampu menyelamatkan mereka segera.”

Katanya, kerajaan digesa mempertimbang menaikkan jaminan agensi bagi pengusa pelancongan berlesen daripada RM20,000 kepada RM100,000.

Khalid berkata, perlu ada peralihan amalan dalam pembayaran. Agensi pelancongan mesti meninggalkan amalan kutipan deposit sebelum pembayaran penuh selepas pengesahan pakej.

“Apabila anda menjual pakej dengan pembayaran penuh, anda kutip di kedai. Anda tidak perlu lagi kutip deposit kerana semuanya telah disahkan,” katanya.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Nigel Wong berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya perlu memastikan semua agensi yang ada adalah berlesen.

Katanya, terdapat banyak perniagaan tidak berlesen mengganggu pasaran dibenarkan beroperasi hampir berleluasa terutama dalam talian.

Beliau berkata, undang-undang kawalselia industri pelancongan juga perlu diperkemas termasuk mengenakan hukuman lebih berat.

Bulan lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, berkata pihaknya akan menapis agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah susulan laporan syarikat menipu jemaah.

Tiong berkata, lesen beberapa agensi pelancongan dibatalkan selepas didapati menipu pelanggan mereka, termasuk gagal menyediakan perkhidmatan seperti dijanjikan. FMT

Cari agensi pelancongan diragui

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker