GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

Juri jemputan, Ella keliru untuk membuat pemilihan juara bagi pertandingan All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Pemilik nama asal Nor Zila Aminuddin itu akui sukar untuk menilai kesemua finalis memandangkan persembahan yang disajikan sangat mengagumkan.

“Ella lagi lost (menilai peserta) sebab semuanya hebat-hebat.

“Sukar untuk pilih juara,” ujarnya pendek selepas ditanya pendapatnya mengenai juara GV10.

Pentas akhir GV10 menyaksikan Ella menggalas tugasan juri jemputan untuk menilai finalis program pertandingan popular tersebut.

Malam ini, seramai 8 finalis yang akan berentap pada pentas akhir GV10 iaitu Hady Mirza, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina, Naqiu dan Liza Hanim.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat pertama kali.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. K Online

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker