Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker

Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker

Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menafikan dirinya secara peribadi menentang kongres bumiputera dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara menegaskan hanya menekankan topik supaya ada usaha menghentikan penyelewengan kuasa.

Sebaliknya bekas Naib Presiden MCA itu menjelaskan kenyataan menghentikan kongres bumiputera bukan darinya tetapi telah diputar belit oleh pihak tertentu.

”Kenyataan saya adalah bersasar kepada kegagalan Kongres Ekonomi Bumiputera untuk meningkatkan kedudukan ekonomi setelah berpuluh tahun kongres itu diadakan disebabkan budaya rasuah dan salah guna kuasa.

”Penekanan saya adalah pada memerangi rasuah. Saya juga menyarankan Kerajaan Madani supaya mara ke hadapan dengan menerajui kongres ekonomi merangkumi semua di Malaysia supaya ekonomi negara dapat dipertingkatan demi untuk menyelesaikan masalah ekonomi secara menyeluruh dengan melibatkan semua.

”Saya ingin membetulkan semua kenyataan yang berbau perkauman dan penghasutan terhadap saya bahawa saya membantah kongres Melayu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar Lian Ker, perbuatan memutar belit kenyataannya telah pun diramal dan baginya gejala itu tidak sihat untuk memupuk semangat perbincangan dalam era Kerajaan Madani.

Jelasnya, kenyataan beliau adalah berlandaskan dua petikan dari mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 , Tun Dr.Mahathir Mohamad dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Dennis Ignatius.

“⁠Kenyataan saya bukan hendak menidakkan hak orang Melayu ataupun berniat mempersoalkan perlaksanaan kongres bumiputera tetapi apa yang cuba saya sampaikan ialah sudah tiba masanya ia tidak lagi ditunggang demi meraih political brownie points atau dijadikan platform kesempatan oleh sesetengah pihak yang opportunis.

”Kenyataan menghentikan kongres bumiputera oleh NGO adalah kenyataan dan laporan yang salah dan bukanlah kenyataan dari saya,” tegasnya. MG

Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker