Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, menafikan dakwaan akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang tular di aplikasi WhatsApp, hari ini.

Beliau menegaskan, penyebaran berita palsu itu adalah berniat jahat dan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu untuk menggugat kesepaduan parti serta menjatuhkan imej ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU.

Sehingga kini, beliau kekal setia bersama PN dan akan terus bersama rakan pemimpin lain meneruskan perjuangan dalam PN.



“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada mana-mana pihak terutama media.

“Saya tetap teguh dan kekal taat setia bersama rakan pemimpin lain meneruskan perjuangan dalam PN,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Sejak petang tadi, tular pautan berita bertajuk ‘Sokong PM: Rosol akan keluar kenyataan esok’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Ia seolah-olah menggambarkan Rosol adalah pemimpin pembangkang terbaharu yang akan mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri.



Pagi tadi, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, mendakwa beberapa lagi ahli Parlimen PN bakal mengumumkan sokongan secara terbuka terhadap kepemimpinan Anwar.

Syed Abu Hussin bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ahli Parlimen terbabit dan sama ada mereka daripada PASatau BERSATU.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, fitnah itu sengaja dibuat susulan tindakan beberapa ahli Parlimen PN mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

Katanya, semua ahli Parlimen PN sudah menyatakan kesetiaan masing-masing dan akan terus menjunjung nilai kebersamaan dan kesepaduan dalam perjuangan BERSATU dan PN.



“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi atau melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti penularan berita palsu ini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker