Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka

Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau diberitahu hadir ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, pada Khamis untuk berdepan tuduhan jenayah berkait hantaran melibatkan Yang di-Pertua Melaka Ali Rustam.

Jay Jay Denis berkata, polis memaklumkan supaya hadir berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan
kerana didakwa membuat kenyataan menimbulkan kegusaran kepada orang awam.



Beliau juga dijangka berdepan satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Saya telah maklumkan kepada pegawai penyiasat bahawa saya akan hadir secara rela di mahkamah pada Khamis ini,” katanya dalam hantaran di X yang dulunya dikenali Twitter.

Tahun lalu, Jay Jay ditahan polis susulan laporan diterima berkait hantaran dibuatnya.

Beliau berkata, laporan itu dipercayai ada kaitan dengan video dimuatnaik pada 6 Spet 2022, memaparkan konvoi Ali meninggalkan restoran di Medan Damansara, Kuala Lumpur.



Dalam hantaran itu, Jay Jay mendakwa menyaksikan konvoi Ali bersama “lapan” (polis pengiring) dan tiga kenderaan pengiring” menghalang trafik di Lebuhraya Sprint sebelum membuat pusingan-U dengan Ali didapati keluar daripada satu kenderaan itu.

“Ingatkan ada majlis rasmi kepentingan negara. Tapi tidak,” katanya sambil mendakwa Ali bersama keluarganya untuk makan malam. FMT

Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zainal tak malu mengaku guna botox



Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker