Zainal tak malu mengaku guna botox

Zainal tak malu mengaku guna botox

PENYANYI senior, Datuk Zainalabidin akui mengenai rawatan ‘botox’ bagi memastikan keadaan kulit sentiasa nampak sihat dan tegang.

Memetik laporan Harian Metro, Zainal,berkata penampilan merupakan aspek dan aset yang penting sebagai seorang penghibur.



“Sebagai seorang penghibur, beginilah kehidupan saya, di mana, saya berdepan dengan orang ramai dan selalunya, ‘close up’. Ditambah pula dengan kualiti kamera sekarang yang berkualiti tinggi, jadi, memang nampak segala kedutan.

“Jadi, bagi memastikan penampilan saya sihat, ia harus diperbaiki dan dirawat dengan sebaiknya. Tapi, sebenarnya, saya tak malu untuk katakan saya buat ‘botox’. Tapi, bukan ‘filler’.

“Ini adalah demi mendapatkan kulit yang sekata, segar dan sihat. Selagi saya sihat, selagi itu saya masih boleh beraksi di atas pentas,” ujarnya.

Disoal mengenai sama ada dia terbuka untuk melakukan prosedur tarik benang untuk menegangkan bahagian leher, pelantun lagu ‘Hijau’ itu berkata, dia akan melakukannya sekiranya perlu.



“Kesihatan tak boleh dibeli, tapi kita kena berusaha mendapatkannya.

“Botox ini, masih lagi baru-baru ini (digunakan). Apabila saya pergi berjumpa dengan pihak Idealyst, mereka maklumkan mengenai keadaan kulit saya yang berkedut terutamanya, bila saya senyum.

“Bahagian leher saya pula, dah mula nampak macam ayam belanda. Jadi, ia tak elok sekiranya ada gambar atau visual ‘close up’.

“Jadi, bagi menghindari masalah itu, saya kena rawat. Tapi, saya belum buat prosedur tarik benang. Mungkin di masa akan datang, saya akan buat sekiranya perlu,” katanya.



Penyanyi berusia 64 tahun itu turut menyarankan mereka yang ingin melakukan rawatan wajah agar merujuk kepada klinik atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk keselamatan.

“Ia adalah untuk karier saya sebab saya nak bertahan lebih lama. Mereka yang muda, masih muda dan cantik. Jadi, saya nak penampilan saya nampak sihat.

“Bukanlah jenis yang bengkak sana sini. Jadi, janganlah dibuat keterlaluan. Pergi kepada doktor yang bertauliah dan bukan pusat kecantikan yang tidak bertauliah kerana tak selamat,” katanya.

Zainal tak malu mengaku guna botox



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



GV10: Jaclyn Victor juara

GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang



Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker