Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin memberi amaran kepada wakil rakyatnya tidak melupakan baiah dengan parti atau mereka akan dipecat jika menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ia susulan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal terdapat tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari beberapa negeri akan menyuarakan sokongan kepada Anwar dalam masa terdekat, tanpa menyatakan mereka daripada PAS atau Bersatu.

“Sudah tentu akan dipecat daripada parti, dia tak dikira mewakili PAS dalam Parlimen…tapi kalau dia buat, dia secara automatik akan terpecat,” katanya kepada FMT.



Justeru, beliau mengingatkan wakil rakyat PAS supaya tidak meninggalkan jemaah untuk menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

“Kepada ahli berhormat, kita dah berikrar dan baiah atas nama Allah, maka kita bukan bertanggungjawab dengan presiden, dengan jawatankuasa pusat sahaja, kita bertanggungjawab dengan Allah

“Kita akan berhadapan dengan Allah untuk dibicarakan atas apa tindakan yang kita buat. Bicara di hadapan Allah dahsyatlah, sebab Allah tahu apa niat kita, waktu kita lakukan itu.”

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula berkata dakwaan Syed Abu Hussin “bertujuan tarik perhatian pihak kerajaan sahaja”.



“Beliau sendiri sudah tidak ada nilai. Tidak berbaloi membuat pengisytiharan sokong Anwar dalam Dewan.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker