Warisan-Umno kerjasama lawan GRS pada PRN Sabah

Warisan-Umno kerjasama lawan GRS pada PRN Sabah

Shafie Apdal mengesahkan parti pimpinannya Warisan akan bekerjasama dengan Umno pada PRN Sabah, dijangka tahun depan.

Shafie berkata Bung Moktar Radin selaku ketua Umno Sabah telah menyatakan persetujuan berkenaan, ketika hasrat itu disampaikan kepadanya.



Kerjasama itu menyaksikan mereka akan menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor.

Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, mereka sebelum ini telah mempelawa Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), namun komponen dalam GRS berkenaan menolak.

“Tetapi bila saya bincang dengan Bung tak jadi masalah, jadi kita bekerjasama atas dasar untuk membela rakyat Sabah.

“Dia pun rakan lama saya, saya pun bekas bos dia (sebagai bekas naib presiden Umno) tapi saya bukan kaki lompat cuma dipecat parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung tahunan Warisan di Kota Kinabalu.



Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut hadir pada majlis itu dan diberi sambutan hangat daripada perwakilan Warisan.

Selain kerjasama dengan Warisan, Bung sebelum ini berkata Umno turut mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Tempoh DUN Sabah akan tamat pada Oktober 2025, namun PRN17 dijangka diadakan lebih awal, selepas Hajiji memberi bayangan ia mungkin diawalkan termasuk tahun depan.

Umno dan Warisan Sabah sebelum ini dikatakan bekerjasama dalam Episod ‘Langkah Kinabalu’, awal tahun ini dalam cubaan menjatuhkan kerajaan Hajiji.



Bukan sahaja usaha itu gagal, Bung pula dipecat sebagai timbalan ketua menteri dan menyebabkan Umno Sabah berpecah apabila ada wakil rakyatnya menyokong Hajiji.

Adun Tanjung Keramat Shahelmey Yahya dilantik menggantikan Bung. Mac lalu, beliau digantung sebagai ahli Umno selama enam tahun.

Selain beberapa Adun Umno dan semua wakil rakyat GRS, Hajiji turut disokong Pakatan Harapan (PH). Mk

Warisan-Umno kerjasama lawan GRS pada PRN Sabah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker