PAS diminta bayar hutang pengasas pencetak Harakah yang sedang sakit di ICU

PAS diminta bayar hutang pengasas pencetak Harakah yang sedang sakit di ICU

PAS diharap segera melunaskan hutangnya kepada syarikat bekas pencetak Harakah setelah mahkamah memutuskan supaya berbuat demikian.

Lebih-lebih lagi ketika ini pengasas syarikat Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd dan N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Azlan Jan, berdepan keadaan kritikal dan dirawat di hospital, kata Pengurus NAJ Press Resources, Hussin Jan.



Menurutnya, peguam mereka sudah menghantar notis perintah dan penghakiman bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 5 Dis 2023.

Jelasnya, notis tersebut antara lain menuntut defendan-defendan menjelaskan dan membayar amaun penghakiman termasuk kos faedah peguam cara bagi pihak plantif.

“Pihak berkenaan perlu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh tujuh hari bermula tarikh notis berkenaan dikeluarkan pada 13 Dis lalu.

“Dalam keadaan pengasas dua syarikat berkenaan (Azlan) berdepan dengan tahap kesihatan yang kritikal, sepatutnya PAS ada sikap iman dan ehsan untuk bayar hutang cetak Harakah,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.



Difahamkan Azlan menghidap kompilasi buah pinggang dan jantung dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital KPJ, Shah Alam, selepas tidak sedarkan diri pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Hussin, keadaan Azlan kini semakin baik dengan pemantauan rapi pihak hospital selepas kembali sedar daripada koma.

Malaysiakini pada 5 Dis lalu melaporkan bekas pencetak Harakah memperoleh penghakiman terus yang mengarahkan PAS membayar hutang sebanyak RM656,233.69.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan NAJ Press Resources untuk penghakiman terus (keputusan mahkamah tanpa perbicaraan penuh) terhadap PAS dan dua defendan lain.



Dua lagi defendan ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan penerbit lidah rasmi parti itu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd.

Malaysiakini sedang mendapatkan respon daripada pihak PAS berhubung perkara itu.

Sementara itu Hussin berkata, pihaknya turut berharap supaya PAS juga membayar hutang sebenar mereka sebaliknya bukan hanya jumlah yang ditetapkan mahkamah.

Ini kerana katanya, sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung akidah perjuangan Islam PAS seharusnya berpegang kepada hukum digariskan agama dalam soal hutang-piutang ini.



“Kepimpinan PAS sepatutnya sedar bahawa dalam Islam, hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut,” katanya. Mk

PAS diminta bayar hutang pengasas pencetak Harakah yang sedang sakit di ICU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker