Tok Mat makin gah

Tok Mat makin gah

Pertukaran portfolio Mohamad Hasan daripada pertahanan kepada luar negeri mungkin menaikkan aura timbalan presiden Umno itu, kata penganalisis di sebalik dakwaan lawan bahawa kedudukannya semakin lemah.

Kelmarin, Wan Saiful Wan Jan daripada Bersatu berkata pertukaran itu akan membantu Presiden Zahid Hamidi mengatur sokongan untuk diri sendiri dalam Umno, selain menyifatkan portfolio luar negeri tidak strategik untuk Mohamad, yang hanya satu tangga boleh “menyanggah” Zahid sebagai presiden.



“Kalau nak kurangkan pengaruh Tok Mat (Mohamad), perpindahannya ke kementerian luar tidak beri kesan apa-apa,” kata Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara, mengulas pertukaran portfolio Mohamad atau lebih popular dengan jolokan Tok Mat.

“Malah ia memberi aura lebih tinggi kepada Tok Mat kerana menteri yang dapat mengurus hal ehwal luar negara dengan baik maka dengan secara spontan aura dan pengaruhnya akan naik,” katanya.

Rombakan menyaksikan Kabinet bertambah daripada 28 kepada 31 menteri, dengan pelantikan lima muka baharu, beberapa portfolio bertukar tangan, dan seorang menteri digugurkan – V Sivakumar dari DAP, yang sebelum ini menteri sumber manusia.

Khaled Nordin, yang sebelum ini menteri pendidikan tinggi menggantikan Mohamad manakala Zambry Kadir, menteri luar negeri ditukar portfolio kepada menteri pendidikan tinggi.



Naib Presiden Umno Johari Ghani dilantik menteri perladangan dan komoditi, mengambil alih portfolio dipegang Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Azmi juga menyifatkan perpindahan Khaled daripada pendidikan tinggi kepada pertahanan juga sebagai “naik pangkat”. “KPT pengaruhnya hanya dalam kalangan universiti tetapi di pertahanan, ada unsur politik.”

“(Pertukaran ini) menaikkan status aura Khaled dan juga Tok Mat tetapi bagi Zambry pula ia ibarat turun pangkat,” kata Azmi. Zambry adalah setiausaha agung Barisan Nasional (BN).

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir turut menyanggah kenyataan Wan Saiful dengan berpandangan portfolio hal ehwal luar negara sangat tepat dengan Tok Mat, yang diyakini mempunyai kemahiran diplomatik luar biasa.



“Kita perlukan seseorang seperti Tok Mat dalam konteks perkembangan geopolitik dunia yang semakin mencabar,” katanya.

“Tok Mat mampu memainkan peranan itu.” FMT

Tok Mat makin gah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker