Pelantikan Johari dapat teruskan kemampanan industri kelapa sawit
Pelantikan Johari dapat teruskan kemampanan industri kelapa sawit
Pelantikan Johari Ghani sebagai menteri perladangan dan komoditi baharu diharap akan membawa perubahan yang lebih baik dalam tadbir urus dan amalan industri pertanian negara, terutamanya berkaitan dengan kemampanan industri kelapa sawit.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata beliau melihat Johari sebagai individu berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan menteri kewangan kedua pula menunjukkan pengalamannya terhadap urusan pentadbiran negara.
“Beberapa cabaran yang mungkin dihadapi oleh beliau termasuk isu-isu seperti Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), kekurangan tenaga buruh, peningkatan kos, hasil pekebun kecil yang rendah, dan masalah penanaman semula yang lambat,” katanya kepada Bernama.
Parveez berkata isu pekebun kecil perlu ditangani oleh menteri baharu kerana kelompok tersebut bergerak secara individu dengan kapasiti yang terhad.
“Dengan pengalaman Datuk Seri Johari dalam sektor korporat, beliau mungkin dapat membantu kita memikirkan bagaimana untuk memperkuatkan pekebun kecil supaya mereka dapat mencapai tahap ekonomi yang lebih optimum,” katanya.
Beliau juga berkata industri sawit sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan kekurangan pekerja tempatan.
“Oleh itu, kita berharap beliau dapat membantu kita dalam usaha mengguna pakai teknologi seperti Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (Marcop) yang memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
“Marcop ini sesuai untuk menarik lebih ramai generasi muda kita menyertai industri ini,” katanya.
Parveez juga berharap agar menteri baharu akan sentiasa mengadakan sesi dialog dan penglibatan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam industri sawit.
“Kita berharap beliau dapat meneruskan budaya ini. Dengan melibatkan pemain industri, kita dapat duduk bersama dalam proses libat urus bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh industri kelapa sawit negara.
“Libat urus ini dengan semua pemegang taruh akan memperkukuhkan dan memudahkan penyelesaian isu-isu dalam industri,” katanya.
Sehubungan itu beliau berkata, MPOB dan industri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Johari dan akan memberikan sokongan sepenuhnya dalam memajukan industri tersebut.
Parveez juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga mantan Menteri Perladangan dan Komoditi Fadillah Yusof yang selama ini banyak mencurahkan jasa dan bakti dalam memartabatkan industri sawit Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Carl Bek-Nielsen, berkata beliau optimis dengan pelantikan menteri baharu berkenaan.
“Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh dan terkenal dengan ketelitian, pertimbangan yang tajam dan kebolehan membuat keputusan. Kami berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan beliau,” katanya.
Bek-Nielsen juga berkata perlunya melihat kepada gambaran yang lebih besar mengenai tugas menteri baharu untuk meningkatkan semula trend hasil komoditi negara yang menurun.
“Ini penting untuk memastikan kemampanan ekonomi jangka panjang industri kita.
“Pada masa yang sama, kita mesti terus menumpukan usaha untuk memastikan saluran perdagangan kekal terbuka dan menyampaikan mesej penting kepada dunia bahawa minyak Sawit Malaysia berada di puncak kualiti dan kemampanan, menetapkan standard yang paling tinggi,” tambahnya. FMT
Pelantikan Johari dapat teruskan kemampanan industri kelapa sawit
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Senarai penuh kabinet baru 2023