Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu

Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu

Syor diadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapat perhatian semula apabila DAP Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan mengembalikan semulanya di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga merangkap Ahli Parlimen Cheras dikemukakan pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Ibu Pejabat DAP di sini, semalam.



Kok Wai berkata, ia adalah usaha bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Apakah pilihan raya PBT?

Menurut laman web Wikipedia, pilihan raya BPT atau ‘pilihan raya kerajaan tempatan’ pernah diadakan di Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum 1964. Kerajaan tempatan adalah kerajaan paling rendah dalam sistem kerajaan di Malaysia. Jawatan penting seperti Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis dan ahli majlis berkuasa terhadap kutipan cukai, cukai pintu dan menggubal undang-undang kecil.

Kenapa perlu diadakan?



Menurut laman web itu, demokrasi dapat dipulih dan dilaksanakan kerana rakyat dapat memantau siapa dan bagaimana rakyat ditadbir. Sistem ini percaya bahawa rakyat adalah bijak dan mempunyai cukup maklumat. Rasuah yang berleluasa juga dapat dibendung walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Persaingan sesama ahli majlis lebih baik dan masing-masing akan berlumba-lumba meningkatkan prestasi.

Bagaimana prosesnya?

Pilihan raya PBT tidaklah perlu diadakan secara besar-besar, melibatkan wang yang banyak dan masa yang lama. Ahli majlis mestilah terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan etnik kerana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk. Peti undi hendaklah diadakan di pejabat daerah, balai penghulu dan penduduk sekitar hendaklah digalakkan keluar mengundi.

Siapa yang memulakannya di Malaysia?



Ia adalah warisan British. Sebelum 1964, pegawai tertinggi PBT dan ahli majlis dipilih oleh rakyat. Selepas mereka menang, ahli majlis akan bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT. Sistem kerajaan tempatan ini sama dengan yang dilaksanakan di Britain. Setelah Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, sistem ini diubahsuai mengikut acuan tempatan.

Kenapa dimahsuhkan selepas merdeka?

Menurut Wikipedia, sistem pilihan raya PBT dimansuhkan bagi mempercepatkan proses pembangunan. Pilihan raya ini menyebabkan orang ramai ‘letih’, lebih banyak berpolitik dan membuang masa untuk membicarakan perkara remeh-temeh.

Kempen pilihan raya menjadi tumpuan dan penggunaan wang mungkin berleluasa. Prestasi perkhidmatan belum tentu bertambah. Jika diadakan sekalipun, prestasi perkhidmatan belum tentu dapat dipertingkatkan.



Siapa yang pernah mencadangkan ia diadakan semula?

Antara yang pernah mencadangkan pilihan raya BPT diadakan semula ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada 1 November 2006. Pada 2010, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu bercadang untuk mengadakan semula pilihan raya yang dimansuhkan pada 1960-an ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mengadakan pilihan raya ini mengikut Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan pilihan raya bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

PBT mana yang mula perkenalkan pilihan raya PBT?

Ia diperkenalkan pada 1956 di Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang, manakala kali terakhir pilihan raya PBT diadakan pada 1963. Ia berlandaskan kepada Perkara 113(4), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya lain daripada Pilihan Raya Umum.



Berapa banyak negara mengadakan pilihan raya PBT?

Terdapat 101 daripada 192 negara di dunia yang mengadakan pilihan raya PBT.

Perlukah Malaysia melaksanakan pilihan raya PBT?

Buat masa sekarang tidak sesuai kerana majoriti penduduk bandar didiami oleh satu kaum sahaja. BH



Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker