KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT

KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT

Tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti dicadangkan DAP Wilayah Persekutuan, berikutan struktur pentadbiran sedia ada di Kuala Lumpur sudah mencukupi.

Pengerusi Veteran UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapha Yaakob berkata ini kerana sudah ada wakil rakyat dipilih dalam pilihan raya bagi mewakili semua kawasan Parlimen dalam Kuala Lumpur, malah ada juga Ahli Majlis PBT yang dilantik mewakili semua kaum untuk membantu Datuk Bandar melaksanakan pentadbiran di ibu negara.



“Jadi untuk apa perlukan pilihan raya (PBT) lagi… struktur sedia ada dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah cukup,” katanya melalui kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan DAP Wilayah Persekutuan supaya kerajaan mengembalikan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan itu dikemukakan susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai berkata, pengembalian semula pilihan raya PBT sebahagian usaha memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.



Dalam pada itu, Mustapha yang juga Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia berkata, cadangan DAP hanya akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili ahli yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP.

Sudah pastinya, katanya, jika pilihan raya PBT diadakan, maka wakil masyarakat Cina akan menang mudah di kawasan majoriti mereka.

“Sekiranya pilihan raya ini dibenarkan di Kuala Lumpur, maka nanti akan ada tuntutan pula untuk PBT di Pulau Pinang, Ipoh, Klang, Melaka, Johor Bahru dan lain-lainnya.

“Nampaknya DAP masih terbawa-bawa idealisme lamanya dengan desakan-desakan berbaur perkauman.



“Ini seperti juga apa disuarakan (Tan Sri) Lim Kit Siang mengenai pelantikan Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu,” katanya.

Mustapha berharap kepemimpinan baharu DAP dapat membendung cara berfikir Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang jelas memperlihatkan cubaan untuk ‘membakar’ dan menyemarakkan rasa benci serta perkauman antara parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Jangan sampai desakan seperti itu ditafsirkan sebagai mencabuli isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) yang boleh membawa padah,” katanya. BH

KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker