Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah

Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah

IPOH: Berikut adalah kronologi kes kematian pelajar Tingkatan Lima yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, akibat dilanggar kereta berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, pada Jumaat lalu.

12.05 tengah hari 15 Disember:



– Insiden berlaku ketika ibu bapa mahu mengambil anak pulang dari sekolah, selain lokasi terletak berdekatan masjid yang menjadi tumpuan orang ramai untuk solat Jumaat

– Mangsa dikatakan ‘rem’ (memulas pendikit motosikal) sehingga menyebabkan bunyi bising dari ekzos motosikal yang difahamkan kepunyaan rakannya

– Ia didakwa mencetuskan kemarahan suspek yang difahamkan sedang menunggu untuk mengambil isterinya yang juga guru di SMK Jati, iaitu tempat mangsa bersekolah

– Isteri suspek didakwa menyifatkan suaminya itu sebagai ‘panas baran dan tidak boleh mendengar orang rem motosikal’



– Kereta dipandu suspek didakwa mengejar motosikal ditunggang mangsa sejauh kira-kira satu kilometer di kawasan sekitar, sebelum melanggarnya

– Kakak mangsa yang juga jururawat dan kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian sempat memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa yang separuh sedar akibat kecederaan parah

– Bapa mangsa yang berniaga di restoran berhampiran turut hadir ke lokasi

12.40 tengah hari 15 Disember – Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan ambulans yang tiba di lokasi



6.30 petang 15 Disember – Proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dengan kematian mangsa didapati berpunca daripada kecederaan pada bahagian dada dan perut akibat kemalangan jalan raya

8.00 malam 15 Disember – Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar

16 Disember

– Keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Kakak mangsa turut memberi keterangan sebagai saksi



– Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, memaklumkan tujuh individu sudah tampil memberi keterangan

17 Disember

– Mohd Yusri mengesahkan suspek yang juga pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan, negatif atau bebas pengaruh dadah

– Keluarga mangsa mengesahkan sudah melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematiannya



– Mohd Yusri kemudian mengesahkan pihaknya sudah merakam keterangan 22 saksi bagi membantu siasatan kes

– Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan bahawa suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 18 Disember mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

18 Disember – Pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh di hadapan Majistret S Punitha BH

Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker