Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran

Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran

Ramai bukan Islam meliputi Kristian, Yahudi dan Atheis di TikTok mengaku mula membaca al-Quran setelah terinspirasi dengan keteguhan iman penduduk Islam, Gaza, Palestin bahkan ramai juga kalangan mereka memeluk Islam selepas membacanya antaranya Megan Rice (kiri).
Israel dilihat terus rakus melenyapkan Palestin, namun dari satu sudut, Palestin telah menang.

Dunia termasuk masyarakat Barat bukan hanya menyaksikan tanah Palestin terus diratah dan dibedil Zionis, tetapi mereka juga takjub melihat keteguhan iman penduduk Gaza sehingga mereka mencemburui dan mencari punca kekuatan itu.



Mereka merasa indahnya bagaimana penduduk Islam Gaza masih boleh tersenyum dan melayan sesama manusia dengan penuh kasih sayang saat ahli keluarga sudah ramai syahid dan hampir sudah tiada apa-apa. Bom, kesengsaraan dan maut tidak sedikitpun menggentarkan, sebaliknya hanya kian membulatkan iman, keyakinan bahkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Maka, ramailah bukan Islam di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah mula mencari kitab al-Quran dan membacanya. Bahkan, ramai juga antara mereka yang jatuh cinta dengan isi al-Quran dan mengucap syahadah.

Kekentalan iman Palestin telah menjadi asbab untuk dunia mencari dan membuka al-Quran, syahid telah dibalas syahadah!

Kala ini, di media sosial terutamanya TikTok bersemarak gelombang trend bukan Islam membaca al-Quran. Ramai penganut Kristian, Yahudi dan Atheis yang mengakui mula membaca al-Quran daripada komen-komen video yang ditulis.



Kelab-kelab atau tanda pagar seperti World Religion Book Club, Quran Book Club, Non-Muslim Reading Quran, Christian Reading Quran antara yang mendapat sambutan cukup hangat dalam kalangan bukan Islam.

Fenomena luar biasa ini turut dihidu media-media Barat. The Guardians melaporkan Young Americans are picking up the Quran to understand the resilience of Muslim Palestinians. New Lines Megazine melaporkan, di Tiktok, Quran Book Club ditonton lebih 15.8 bilion tontonan dan ramai menyatakan baru baca al-Quran.

Megan B. Rice, Madison Reeves, Witchy Katt, Jack Jack Wilds, Abbey Hafez adalah antara sekian ramai yang mula membaca al-Quran dan banyak berkongsi pemahaman mereka berkait ayat-ayat al-Quran. Megan, Reeves, Wilds dan Abbey semuanya telah memeluk Islam.

Mereka menitis air mata kebahagiaan kala membaca al-Quran dan mendapat pelbagai jawapan yang dicari selama hidup ini.



Abbey mengatakan, membaca 10 halaman al-Quran sudah cukup membahagiakannya lebih daripada agama yang dianutinya selama 25 tahun.

Menerusi al-Quran juga, mereka mengetahui ajaran sebenar Islam yang jauh berbeza daripada naratif buruk Islam yang dimomokkan oleh media Barat selama ini. Bahkan, ada yang mengagumi penulisannya. Benarlah al-Quran itu mukjizat!

Beberapa hari selepas Rice memeluk Islam, seorang penganut Atheis yang asalnya Kristian, Clarke Jones menganut Islam.

“Saya boleh katakan bahawa Palestin sahaja tidak menyebabkan saya masuk Islam, tetapi disebabkan merekalah saya mencari al-Quran dan membacanya,” katanya.



Tambah menarik, apabila ada juga dalam kalangan netizen dilahirkan Muslim yang memasuki video-video mereka dan meninggalkan komen bahawa mereka sendiri baru faham dan banyak mempelajari ayat-ayat al-Quran daripada saudara-saudara baharu ini!

Melihat trend ini, bahkan ada pihak misalnya The CJ Werleman Show di YouTube meramalkan 2024 ialah tahun bermulanya era emas baharu Islam di Barat apabila berlakunya pemelukan Islam secara besar-besaran.

Kesimpulannya, bukan Islam kini berpusu-pusu mencari al-Quran dan mendapat pedoman serta nikmat dengan membacanya dan rugilah kita yang Islam jika hanya membiarkan al-Quran tidak terusik atau sekadar berhabuk di rak. K Online

Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker