Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim

Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim

Arahan yang dikeluarkan pada 2020 melarang ucapan perayaan bukan Islam dipaparkan pada produk yang dipamerkan tidak lagi terpakai, menurut Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Jakim menegaskan, tiada sebarang halangan bagi premis perniagaan yang mempunyai pensijilan halal daripada meletakkan ucapan perayaan pada produk mereka, seperti kek yang ditempah dan seumpamanya.



“Jakim akan membuat semakan dan penilaian semula terhadap mana-mana perkara berkaitan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

“Kenyataan Jakim terdahulu pada 2020 adalah tidak terpakai dengan penjelasan ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan Jakim yang dikeluarkan pada Disember 2020, premis dengan sijil halal hanya dibenarkan meletakkan ucapan perayaan pada produk yang tidak dipamerkan.

Isu itu kembali mendapat perhatian minggu lepas selepas sebuah rangkaian bakeri tempatan berkata, ucapan Krismas tidak boleh diletakkan pada keknya bagi mematuhi peraturan Jakim.



Jika gagal mematuhi peraturan ini, pihaknya berisiko kehilangan pensijilan halal.

Imej memo dalaman Berry’s Cake House itu dikongsi secara meluas di media sosial, menerima pelbagai kritikan berhubung diskriminasi.

Bagaimanapun, rangkaian bakeri itu kemudian menarik balik notis berkenaan yang memberitahu kakitangannya untuk tidak menerima permintaan meletakkan ucapan Krismas pada kek, berikutan pengumuman kerajaan bahawa tiada larangan untuk berbuat demikian. FMT

Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker