Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah

Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah

Pasukan dari negara Vietnam muncul johan bagi kategori World Cup Sawah yang julung kali diperkenalkan pada pertandingan Pesta Bola Ngoca 2023 di sini semalam.

Pasukan Malaysia pula meraih naib johan manakala ketiga menjadi milik pasukan dari negara Zambia.



Sementara itu, pasukan Gers FC D dari Putrajaya dan Aurel FC dari Kelantan muncul bagi johan kategori lelaki dan perempuan.

Masing-masing membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000 dan RM8,000.

Pesta Bola Ngoca 2023 telah berlangsung selama dua hari di Perkampungan Budaya Terachi, Seri Menanti, Kuala Pilah di sini.

Berakhir semalam, sebanyak 176 pasukan menyertai pertandingan tahun ini yang melibatkan 128 pasukan lelaki dan 48 pasukan wanita dan ia merupakan penyertaan yang tertinggi berbanding tiga tahun penganjuran sebelum ini.



Ia diadakan bagi memperkenal dan mengekalkan sukan tradisional masyarakat di Negeri Sembilan iaitu ngocha ikan iaitu menangkap ikan menggunakan tangan di sawah atau bendang sementara menunggu hasil tuaian padi.

Bagi memeriahkan acara, turut diadakan beberapa permainan sampingan seperti gusti bantal, basikal titi, tiang licin, baling tin dan menyumpit. Utusan

Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker