UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Lokman Adam berkata parti itu tidak akan membenarkan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan.

Lokman berkata demikian ketika mengulas gesaan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai agar pilihan raya itu dilaksanakan di Kuala Lumpur.

Malah Lokman mendakwa gesaan itu sebagai “sabotaj dalaman” oleh “dinasti Lim” terhadap kepimpinan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.



“Selepas kenyataan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung isu perdana menteri bukan Melayu, kini giliran Tan pula mengulangi hasrat lama ‘dinasti Lim’ untuk pilihan raya PBT.

“…Kita tidak sesekali akan mengizinkan pilihan raya PBT diadakan. Kita akan lawan habis-habisan,” kata Lokman dalam hantaran di Facebook semalam.

Dalam kenyataan semalam, Tan yang juga ahli parlimen Cheras berkata pelaksanaan pilihan raya PBT adalah usaha menegakkan demokrasi dan dapat menjadikan Kuala Lumpur sebuah ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus berkesan, bersih dan berpaksikan rakyat.

Pada masa ini, Kuala Lumpur hanya memiliki ahli parlimen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ditadbir di bawah kerajaan persekutuan.



Sebelum ini, pihak yang membantah perkara itu – termasuk dalam kalangan Umno – memberi peringatan bahawa ia boleh membawa kepada ketidakstabilan kaum ekoran tanggapan orang Melayu tidak akan menang dalam pilihan raya tersebut.

Semalam, Pengerusi Veteran Umno Wilayah Persekutuan Mustapha Yaakub turut menyuarakan bantahan bernada sama.

“Veteran Umno faham hasrat DAP itu untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh ahli-ahli yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP. Sudah pastinya kalau pilihan raya itu diadakan maka wakil-wakil masyarakat Cina akan menang mudah di kawasan majoriti mereka,” katanya.

Dia turut berkata jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan membawa kepada tuntutan sama di bandar-bandar lain seperti di Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang.



Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal turut mengkritik gesaan itu.

“Sejengkal demi sejengkal, Impian Malaysia Kit Siang bakal tertunai di bawah gagasan UMDAP,” ciapnya di X, merujuk kepada Umno dan DAP.

Kali terakhir Malaysia mengadakan pilihan raya PBT pada 1963 dan berdepan penggantungan pada tahun berikutnya.

Penggantungan itu, yang sepatutnya bersifat sementara, namun dikekal pada 1976 apabila Parlimen meluluskan Akta Kerajaan Tempatan, yang memansuhkan pilihan raya PBT dan hanya memperuntukkan pelantikan ahli majlis.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker