Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]

Pegawai kanan polis berpangkat DSP yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan lima pada Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas tuduhan membunuh.

Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dihadapkan di hadapan Majistret, S Punitha.



Bagaimanapun tidak pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor BH Online.



Punitha menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Terdahulu dalam insiden yang berlaku Jumaat lalu, pegawai tersebut yang memandu Perodua Ativa didakwa melanggar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Muhammad Zaharif Affendi Mohd Zamrie yang sedang menunggang motosikal.

Remaja itu maut di tempat kejadian selepas cedera di bahagian dada dan abdomen.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja



Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba

Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung



Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker