Penceramah luar masih tidak dibenar mengajar di Perak

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) masih belum membenarkan semua penceramah agama dari luar negeri Perak mengajar atau bersyarah di dalam masjid dan surau di bawah seliaan jabatan itu.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata penangguhan sesi mengajar dan bersyarah itu termasuk kepada penerima khas watikah pemegang tauliah mengajar negeri ini.

Beliau berkata, penangguhan itu untuk memberi laluan kepada proses penambahbaikan terhadap Garis Panduan Permohonan Penceramah dan Pengajar di masjid dan surau di Perak yang masih belum selesai, bagi membendung ajaran menyimpang.



Katanya, tempoh masa penangguhan itu sebelum ini dijangka sehingga persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 2 November lalu, bagaimanapun sehingga kini memerlukan garis panduan itu diperhalusi lagi.

“Ada beberapa garis panduan yang perlu diperhalusi lagi maka kita mengambil keputusan ia masih kekal seperti sebelum ini iaitu menangguhkan penceramah luar walaupun yang ada tauliah daripada negeri Perak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Pelancaran TVET Anak Yatim di TAJ International College, di sini hari ini.

Pada 8 Oktober lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga memegang portfolio Exco Agama Islam negeri dilapor berkata, garis panduan baharu terbabit dijangka akan dibentangkan terlebih dahulu dalam persidangan MAIPk pada 2 November lalu, sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diperkenankan.

Harith Fadzilah berkata, pekeliling yang dikeluarkan oleh pihaknya pada Ogos lalu mengenai penangguhan itu turut terpakai kepada beberapa pendakwah terkenal yang baru-baru ini, penerima khas Watikah Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Perak tahun 2023.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



GV10: Jaclyn Victor juara

GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang



Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker