JDT mungkin menang percuma lawan KL Rovers
JDT mungkin menang percuma lawan KL Rovers
Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan tidak perlu mengeluarkan peluh untuk melepasi pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2024/2025 yang akan berlangsung pada Rabu ini.
Ini kerana, lawan mereka iaitu Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) dikhabarkan mungkin menarik diri selepas pemain pasukan itu tidak mendapat bayaran gaji mencecah lima bulan.
Situasi terbabit disahkan jurulatih KL Rovers Wan Mustafa Wan Ismail yang menyatakan barisan anak buahnya memberi kata dua sama ada pengurusan pasukan membayar tunggakan gaji atau mereka tidak turun pada perlawanan penting itu.
Beliau berkata, situasi terbabit sememangnya memeningkan Wan Mustafa dalam usaha menyediakan barisan pemain terbaik bagi mengharungi juara Piala Malaysia musim lalu itu.
Katanya, ketika ini beliau tidak boleh melakukan sesi latihan setiap hari termasuklah mengadakan perlawanan persahabatan berikutan tidak cukup pemain selain kekurangan dana untuk melakukan persiapan rapi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
“Sememangnya barisan pemain memberi kata dua kepada saya iaitu bayar tunggakan gaji atau mereka tidak akan turun menentang JDT pada Rabu ini.
“Saya sudah berusaha memujuk pemain untuk beraksi demi pasukan. Saya tetap ada untuk mengharungi perlawanan itu cuma tidak pasti pemain ada atau tidak.
“Jika diikutkan KL Rovers tidak melakukan mampu melakukan persiapan rapi kerana kekurangan pemain dan dana namun harap kita tidak berhadapan masalah menentang JDT kelak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Mengikut rekod, KL Rovers merupakan naib juara Liga A1 Semi-Pro musim 2023 manakala ketika ini menghuni kedudukan ketiga liga dengan 41 mata selepas mengharungi 18 perlawanan.
Sebelum ini, Arena Metro melaporkan barisan pemain KL Rovers berada dalam situasi tenat selepas tidak menerima gaji selama empat bulan.
Walaupun sudah pelbagai cara digunakan termasuk merayu kepada pihak pengurusan untuk membayar tunggakan gaji itu, setakat ini tiada tanda-tanda masalah itu akan diselesaikan segera.
Malah, barisan pemain KL Rovers kini mula berkira-kira untuk memboikot perlawanan Liga A1 Semi Pro berikutan tidak dibayar gaji oleh pengurusan.
JDT mungkin menang percuma lawan KL Rovers
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET