Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker

Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker

Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker

 

Seteru besar DS Najib yang juga merupakan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan politik di era Dr Mahathir, Latheefa Koya, membuat satu kejutan besar.

Secara tiba-tiba Latheefa Koya memuji DS Najib dengan membandingkan reformasi yang berlaku di era DS Najib berbanding yang sering dilaungkan Anwar Ibrahim sekarang.



Beliau menyifatkan pentadbiran Anwar Ibrahim gagal melaksanakan slogan reformasi yang sering dilaungkan.

Malah beberapa siri tindakan bertentangan hak asasi yang dilakukan menjadikan ia lebih teruk daripada pimpinan terdahulu.

Latheefa Koya malah memberikan markah -10 kepada kerajaan kerana gagal melaksanakan pembaharuan undang-undang.

Malu Apa Bossku

 



 

“Jika selalunya gred atau skala diberi antara kosong hingga 10.”

“Namun, dalam konteks reformasi undang-undang negara, kerajaan sekarang, bukan sahaja kerajaan tidak melakukan sebarang reformasi.”

“Malah situasinya lebih teruk.”



“Semasa pentadbiran DS Najib, beliau tidak melaungkan reformasi.”

“Tetapi kita melihat dari segi apa yang beliau lakukan untuk negara seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).”

“Saya tidak boleh bayangkan jika ISA masih ada hingga hari ini.”

“Sepanjang sembilan tahun pemerintahannya, DS Najib memperkenalkan beberapa pembaharuan ekonomi dan politik.”



“Bermula dengan keputusannya memansuhkan ISA, undang-undang era penjajah yang digunakan selama beberapa dekad untuk memenjarakan musuh politik tanpa bicara.”

“Kerajaan DS Najib turut menggubal Akta Perhimpunan Aman.”

“Rakyat tidak perlu lagi memohon permit polis bagi menganjurkan demonstrasi aman.”

“Kerajaan DS Najib juga telah meminda Akta Hasutan.”



“Di mana sebarang kritikan ditujukan kepada kerajaan tidak lagi menjadi kesalahan jenayah.”

“Sekarang bukan sahaja rakyat tidak boleh mengkritik atau menyindir kerajaan, malah terus diheret ke balai polis,” jelas beliau.

Adakah ini satu isyarat dari Latheefa Koya bahawa kini beliau sudah mula mengiktiraf kepimpinan DS Najib dan juga sudah mula terpikat dengan UMNO?

Kalau betul, jangan malu-malu,m pergi sahaja ke ibu pejabat UMNO dan daftarkan diri sebagai ahli UMNO.



Mana tahu kalau-kalau boleh tawarkan diri sebagai calon Ketua Pergerakan Wanita UMNO nanti.

Tapi dengan syarat, beliau sedia dedahkan segala yang beliau tahu mengenai konspirasi kes SRC dan 1MDB.

 

Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker