Bookie didakwa makin ligat, sanggup tawar ratusan ribu ringgit

Bookie didakwa makin ligat, sanggup tawar ratusan ribu ringgit

Bookie didakwa makin ligat, sanggup tawar ratusan ribu ringgit
BOOKIE sanggup menawarkan habuan lumayan (Gambar hiasan). FOTO AFP

Kuala Lumpur: “Ketika ini memang bookie mula bergerak aktif untuk memberi tawaran menarik kepada pemain dan pasukan tertentu sehingga ada yang tergoda dengan jumlah diberikan,” kata sumber rapat dengan sebuah pasukan di Liga Malaysia (Liga M) yang boleh dipercayai.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja membabitkan pemain, malah ada pihak pengurusan terjebak sekali dalam mengatur perlawanan ini.

“Malah ada bookie pernah beritahu, kalau pasukan itu bayar gaji dengan baik, jangan cuba dekat dengan pasukan itu sebaliknya cari pasukan yang memang memerlukan sebab waktu itu akan ada pemain terdesak nak dapatkan duit.



“Saya difahamkan, terdapat beberapa keputusan mencurigakan antaranya pemain utama sering direhatkan, senarai pemain yang sepatutnya dikeluarkan lebih awal juga tidak terjadi sehingga pemain terpinga-pinga siapa yang akan diturunkan hari itu.

“Adakah logik peluang di depan gol tidak dimanfaatkan untuk jaringan? Jika itu terjadi sekali sekala kita faham, mungkin tidak bernasib baik tetapi andai kata ia terlalu kerap, itu memang pelik sangat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib




Selain itu, ditanya adakah pasukan itu akan menerima bayaran setimpal sekiranya mereka terjerat dengan tawaran bookie, sumber memaklumkan bahawa ia boleh dikatakan agak lumayan bagi pasukan yang sedang mengalami masalah gaji kronik.

“Daripada apa yang saya tahu, bookie ini dia akan beri tawaran mengikut peringkat perlawanan itu dan jika ia peringkat rendah maka tawaran pun tidak begitu tinggi sangat. Ia boleh bermula daripada puluhan ribu sehingga boleh mencecah ratusan ribu ringgit tapi macam saya cakap, ia mengikut peringkat perlawanan dan pasukan apa yang bersaing.

“Tapi saya difahamkan juga, memang ada pasukan di Liga M yang mahu buka perlawanan (tawaran bookie) untuk menawarkan habuan namun begitu ada juga pasukan menolak pelawaan berkenaan yang dilihat boleh merosakkan industri bola sepak termasuk karier pemain itu sendiri,” kata sumber itu.

Untuk rekod, ketika Liga Perdana mula diperkenalkan pada 1994, tercatat sejarah hitam dalam dunia bola sepak tanah air apabila lebih 100 pemain serta jurulatih ditahan serta disoal siasat kerana gejala rasuah dan mengatur perlawanan.



Tindakan tegas pihak berkuasa menyaksikan bola sepak negara hampir lumpuh kerana ia bukan sahaja membabitkan pemain mempunyai nama besar, malah pemain muda yang dikatakan mampu menjadi bintang di masa depan, tapi mudah tergoda dengan wang ringgit.

Terdahulu, Arena Metro membongkarkan secara eksklusif bahawa gejala bookie kini mula meresap dalam saingan Liga M dan dan bookie cuba mendekati beberapa pasukan yang bermasalah.

Bookie didakwa makin ligat, sanggup tawar ratusan ribu ringgit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?



 



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker