Bekas bintang Monaco dipenjara dua tahun
Bekas bintang Monaco dipenjara dua tahun
Nice: Bekas pemain bola sepak antarabangsa Perancis, Wissam Ben Yedder dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita pada September lalu.
Ben Yedder, 34, adalah bekas kapten kelab Ligue 1 Perancis, Monaco dan menduduki tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak zaman masa kelab itu.
Dia meninggalkan Monaco pada akhir musim lalu dan sejak itu tidak mempunyai kelab.
Pada malam 6 September, Ben Yedder bertemu dengan seorang wanita semasa satu acara di mana dia berada di bawah pengaruh alkohol dan mengajaknya masuk ke dalam keretanya, menurut hasil siasatan.
Di dalam kereta itu, wanita berkenaan memberitahu pihak polis bahawa Ben Yedder melakukan serangan seksual terhadapnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Wanita itu segera membuat laporan polis, yang kemudian menangkap Ben Yedder pada malam itu.
“Saya tidak ingat apa-apa, saya tak boleh katakan sama ada saya melakukannya. Ini semua disebabkan oleh alkohol,” kata Ben Yedder semasa perbicaraan.
Dia sudah memasuki program pemulihan selepas insiden itu dan tidak hadir semasa keputusan dijatuhkan, hari ini.
Ben Yedder juga adalah defendan dalam kes lain yang akan dibicarakan pada bulan depan, di mana dia dituduh melakukan keganasan psikologi terhadap isterinya.
Pasangan itu sedang dalam proses perceraian.
Dia turut dituduh oleh seorang wanita lain atas kes rogol yang didakwa berlaku pada musim panas 2023, dan pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.
Ben Yedder bagaimanapun menafikan kedua-dua tuduhan itu.
Ben Yedder memulakan kerjaya profesionalnya di Toulouse sebelum berpindah ke kelab Sepanyol, Sevilla.
Pada tahun 2023, mahkamah di Sepanyol mendapati dia bersalah atas kesalahan penipuan cukai semasa tinggal di negara itu dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan.
Dia tiba di Monaco pada tahun 2019 di mana dia menjaringkan 118 gol dalam 201 perlawanan, namun kontraknya tidak dilanjutkan.
Dia juga menjaringkan tiga gol dalam 19 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Perancis.
Bekas bintang Monaco dipenjara dua tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?