Mini Dhaka di KL diserbu

Mini Dhaka di KL diserbu

Lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung ‘Dhaka mini’ di Jalan Silang di sini, hari ini.

Kepungan bermula pada 11 pagi itu bagi menyerbu koloni warga asing yang dilihat semakin ‘besar kepala’ dengan berlagak seperti warga tempatan.



Pasukan keselamatan lengkap bersenjata dan peralatan khas dilihat mula memecah masuk ke setiap premis membabitkan empat blok di jalan terbabit menjejak mereka yang cuba melarikan diri.

Difahamkan serbuan dijalankan bagi menangani kebanjiran warga asing di Jalan Silang dan perniagaan yang dimiliki serta menggajikan warga asing secara haram.

Wartawan yang mengikuti operasi mendapati sekurang-kurangnya 500 warga asing ditahan setakat jam 1 tengah hari tadi.

Warga asing kebanyakannya terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu gagal melarikan diri selepas kepungan mengejut dibuat.



Pemeriksaan di salah satu premis mendapati warga asing yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan turut menawarkan khidmat klinik persendirian.

Turut ditemui pelbagai jenis ubatan dipercayai dari Bangladesh tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun ketika pemeriksaan dijalankan, premis terbabit tidak berpenghuni.

Malah, serbuan turut menemui premis dijadikan bilik sewa dalam keadaan berselerak, kotor dan jijik dipercayai dihuni warga asing.



Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi. BH

Mini Dhaka di KL diserbu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker