PAS jadikan Islam ‘alas kaki’

PAS jadikan Islam ‘alas kaki’

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi membidas PAS yang didakwanya cuba melemahkan kerajaan perpaduan dengan memecah belahkan parti-parti yang menganggotainya.

Sebagai contoh, katanya, apa sahaja kenyataan pemimpin atau ahli DAP yang kontroversi akan dieksploitasi.



“Umno benteng jaga kepentingan Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu dalam kerajaan perpaduan hari ini.

“Umno tidak jadikan agama kuda tunggangan macam PAS,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, Puad dipercayai merujuk kepada cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai, Ahad lalu supaya pilihan raya majlis tempatan diperkenalkan semula, dengan Kuala Lumpur sebagai medan ujian pertama.

Cadangan itu ditolak golongan konservatif dalam Umno, PAS, dan Bersatu – yang berhujah pilihan raya kerajaan tempatan akan mengakibatkan ketegangan kaum kerana penguasaan DAP dalam pemilihan tersebut.



Kebimbangan seperti itu turut dimainkan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mengulangi dakwaan bahawa pilihan raya majlis tempatan akan menghakis kuasa politik Melayu.

Mengulas lanjut, Puad juga menyelar Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi bahawa Umno adalah ‘alas kaki’ DAP dalam isu berkenaan.

“Umno tidak akan setuju jika tidak sesuai dengan dasar Umno. Sebab itu ada hikmahnya Umno berada dalam kerajaan perpaduan.

“Tuduhan bahawa Umno alas kaki DAP adalah percubaan untuk panaskan hubungan DAP dan Umno,” katanya.



Afnan yang juga ahli Parlimen Alor Setar sebelum ini mendakwa perkara itu selepas mengambil kira beberapa kenyataan pemimpin DAP berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, bukan Melayu dilantik perdana menteri dan cadangan memperkenalkan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

Mengulas lanjut, Puad juga membidas dakwaan Afnan yang mengatakan DAP sudah ‘naik tocang’. Sedangkan, katanya, PAS sebenarnya yang ‘naik tocang’ apabila menang banyak kerusi berbanding Umno dan Bersatu.

“PAS semakin ganas keluar fatwa politik yang memecahkan belahkan orang Melayu. Ajaran Islam wajibkan bayar hutang.

“Tetapi PAS liat bayar hutang Harakah. PAS jadikan Islam alas kaki kerana naik tocang,” katanya lagi.



Puad dipercayai merujuk kepada laporan Malaysiakini pada 5 Dis lalu yang menyebut PAS masih belum melunaskan hutangnya kepada syarikat bekas pencetak Harakah yang memperoleh penghakiman terus mengarahkan parti itu membayar hutang sebanyak lebih setengah juta ringgit. Mk

PAS jadikan Islam ‘alas kaki’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker