Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi

Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi

Pelakon Yusof Bahrin menjelaskan mendapat keizinan isteri, Zizi Kirana sebelum menjayakan babak tidak berbaju dalam filem terbaharu, The Lord Musang King.

Selain itu, Yusof berkata, dia meletakkan beberapa syarat kepada penerbit dan pengarah filem terbabit agar auratnya, iaitu pusat hingga lutut, tidak didedahkan.



“Saya ambil langkah berani sebenarnya. Tetapi saya bagi syarat jangan nampak bawah pusat. Alhamdulillah, apa yang keluar memang tidak nampak bahagian itu… Lutut juga tidak nampak. Apa yang nampak dada sahaja.

“Saya juga maklumkan kepada isteri babak mandi di bilik air penjara dan tidak pakai baju. Dia okay, tetapi tak mahu apa yang tidak sepatutnya nampak.

“Selepas itu, saya maklumkan dan merayu kepada penerbit, Eddie Chow supaya bahagian pusat hingga lutut saya tak nampak dalam babak itu.

“Sebab saya fikir, kalau nampak bahagian itu (aurat) ketika filem ini ditayangkan macam mana saya hendak jawab dengan media.



“Kemudian, Eddie maklumkan kepada pengarah, Lee Moon Ho. Dia pun hormat dengan sensitiviti kita sebab yang akan kena hentam nanti saya juga,” katanya ditemui selepas tayangan perdana filem The Lord Musang King di GSC Lalaport Bukit Bintang di sini, kelmarin.

Yusof berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu orang ramai mempersoalkan imej Islamik yang dibawa, Bagaimanapun, dia mengaku sudah bersedia dengan segala kritikan.

“Nanti orang cakap, pergi majlis agama tapi tunjuk pusat dan badan. Tapi, untuk babak itu saya sudah persiapkan diri untuk menerima sebarang kritikan.

“Saya tak cakap apa yang dibuat itu betul atau salah, tapi saya buat dengan ambil langkah berani dan saya bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau salah betulkan saya,” katanya.



Sementara itu, berkongsi mengenai filem The Lord Musang Ming yang menjadi naskhah pertama mengangkat dirinya sebagai watak utama, Yusof berkata, dia sudah berusaha sehabis baik untuk menggalas tugas diberikan.

“Disebabkan ini filem pertama saya, jadi apa yang saya berikan memang sehabis baik. Walaupun ada beberapa cabaran semasa penggambaran, tapi saya dengan pelakon lain cuba pastikan semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Menerusi filem terbitan Hundred Years Popcorn Production yang diedarkan Metrowealth International Group (MIG) itu, Yusof membawa watak Haikal anak kepada pekebun durian berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan.

Filem kolaborasi pertama diantara Malaysia dan Korea Selatan itu akan ditayangkan pada 21 Disember ini dengan menggabungkan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea Selatan.



The Lord Musang King diarahkan sutradara Korea Selatan, Lee Moon Ho yang terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King.

Selain Yusuf, filem genre aksi itu turut dibintangi Harissa Adlynn, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir termasuk pelakon dari Korea Selatan Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk. BH

Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker