Israel curi organ jenazah syuhada Gaza

Israel curi organ jenazah syuhada Gaza

GAZA CITY – Rejim Israel didakwa mencuri organ penting daripada jenazah syuhada yang dilarikan daripada Gaza.

Pejabat Media Kerajaan Palestin berkata, jenazah 80 syuhada yang dipulangkan oleh Israel mengalami kecacatan pada organ penting dengan keadaan mayat yang menyayat hati.



Menurut laporan Al Mayadeen, lebih menghibakan, selepas berpuluh hari diculik oleh Isreal, usaha mengenal pasti jenazah berkenaan adalah sukar dan tempat mereka ‘diculik’ juga tidak tidak diketahui.

Jenayah kejam mencuri organ syuhada hanyalah satu daripada siri kekejaman yang dilakukan oleh tentera pendudukan Israel khususnya berikutan lampu hijau yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk membunuh seberapa ramai rakyat Palestin.

Pejabat itu, dalam kenyataannya, menggesa pembentukan jawatankuasa penyiasatan antarabangsa yang bebas sepenuhnya untuk menyiasat rampasan mayat syuhada oleh tentera Israel dan kegiatan mencuri organ penting.

Pihak berkuasa Palestin juga melahirkan rasa terkejut terhadap sikap senyap organisasi antarabangsa terutamanya Palang Merah Antarabangsa yang beroperasi di Semenanjung Gaza mengenai jenayah yang dilakukan Israel terhadap jenazah terbabit.



Media antarabangsa hari ini melaporkan, Israel memulangkan 80 mayat rakyat Palestin yang dilarikan daripada Gaza sewaktu serangan ganas dilakukan ke atas wilayah tersebut.

Mayat-mayat berkenaan dihantar menggunakan sebuah lori kontena melalui lintasan sempadan Kerem Shalom di selatan Semenanjung Gaza.

PBB telah memaklumkan kepada kami lebih awal tentang ketibaan sejumlah syuhada ke Semenanjung Gaza, dianggarkan kira-kira 80 mayat,” Marwan Al-Hams, pengarah Hospital Mohammed Yousef El-Najar di bandar Rafah, memberitahu Anadolu.

“Mayat tiba di dalam bekas, ada yang utuh, manakala yang lain berkeping-keping dan sebahagian lagi telah reput,’’ tambahnya.



Al-Hams menyatakan mayat akan “dipindahkan ke tanah perkuburan untuk dikebumikan dan jenayah itu akan didokumentasikan melalui Kementerian Kesihatan dan Keadilan”. MG

Israel curi organ jenazah syuhada Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker