‘Superman’ terlentang di LPT kini diburu Polis Trafik

‘Superman’ terlentang di LPT kini diburu Polis Trafik

Polis sedang memburu sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘superman’ yang dirakam dalam klip video tular memaparkan beberapa individu menunggang secara berbahaya sebelum terjatuh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Klip video berdurasi 28 saat itu memaparkan kumpulan penunggang motosikal terbabit, bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi ‘superman’ sebelum seorang daripada mereka hilang kawalan lalu terjatuh.
Insiden berkenaan menyebabkan beberapa penunggang lain yang mengekori dari belakang pada kelajuan tinggi turut terjatuh selepas gagal mengelak rakan mereka yang terbabas itu.



Ketua Polis Negara jamin siasatan babit pegawai polis dilakukan dengan adil

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu hantaran di Facebook, berkata kejadian dipercayai berlaku berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur.

“JSPT sudah mengarahkan JSPT Pahang mengesan dan menjalankan siasatan terhadap penunggang motosikal yang terlibat.

“JSPT menggesa kepada mereka yang terbabit untuk segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor pendaftaran sudah dikenal pasti ,” katanya. BH



‘Superman’ terlentang di LPT kini diburu Polis Trafik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman



Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram

Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’



Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker