Rumah MB Kelantan dinaiki air

Rumah MB Kelantan dinaiki air

Rumah Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud di Kampung Meranti, Kota Bharu turut dinaiki air akibat banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung.

Pun begitu, banjir tidak menghalang Mohd Nassuruddin daripada meneruskan tugasan menerajui pentadbiran di negeri itu.



“Paras air naik agak cepat. Lewat malam tadi kawasan rumah saya turut dinaiki air dan sekitar Kg Meranti.

“Alhamdulilah, pagi ini masih dapat melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat untuk memimpin mesyuarat exco (Kerajaan Kelantan) di Kota Darul Naim,” katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.

Setakat awal pagi tadi, jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaru dilanda bencana itu.

Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam.



Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS.

Ini berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS.

Selangor pula dengan empat mangsa yang ditempatkan di PPS daerah Kuala Langat, manakala dua negeri terbaharu dilanda banjir, Sabah dan Johor masing-masing merekodkan seramai 169 mangsa di tiga PPS dan 83 mangsa di sebuah PPS.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku sepanjang hari ini di Terengganu di daerah Dungun dan Kemaman; Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). Mk



Rumah MB Kelantan dinaiki air

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman



Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram

Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’



Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker