Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di telefon pintar melalui gedung Play Store
Jika anda sedang menghadapi kemusykilan agama dan tidak tahu di mana untuk mendapatkan jawapan yang tepat dengan sumber dan pakar agama yang diyakini kesahihannya, anda tidak perlu risau. Kini segala kemusykilan anda, Insya Allah akan terjawap melalui aplikasi Al-Inarah.

Menyedari keperluan memahami agama sangat penting ketika ini, satu aplikasi untuk bersoal jawab mengenai agama Islam telah dibangunkan bagi memudahkan masyarakat awam.



Menerusi ciapan dari mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di aplikasi X, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan beliau telah memperkenalkan satu aplikasi pintar pertama Malaysia yang dikenali dengan Al Inarah.

“Segala puji bagi Allah S.W.T. yang mempermudahkan urusan pembinaan aplikasi peranti pintar Al Inarah. Al Inarah ini merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh Dato’ Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan” ciapannya di X.

Aplikasi pintar pertama ini telah sedia menghimpunkan lebih dari 4 000 artikel kemusykilan agama di bawah kategori 75 kategori yang berbeza. Disamping itu, pelbagai artikel baharu juga akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Malah aplikasi ini turut menyediakan akses kepada pelbagai ebuku percuma melibatkan agama dan kehidupan harian.



Bagi yang berminat dengan aplikasi ini, ia boleh dimuat turun secara percuma melalui telefon pintar di gedung (Play Store) oleh pengguna sistem operasi Android sahaja. Namun pihaknya sedang mengusahakan agar aplikasi ini juga boleh dimanfaatkan oleh pengguna sistem operasi iOS dalam masa terdekat.

Dengan kemudahan yang ditawarkan ini bermakna masyarakat awam akan lebih cakna dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam mengimplimentasikan ajaran Islam yang sebenar. Wallahu a’lam Utv

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker