Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Meletakkan nama yang baik kepada anak-anak memang dituntut di dalam agama. Siapa sangka nama Muhammad kini muncul sebagai nama paling popular yang dipilih oleh ibu bapa di UK untuk tahun 2023.

Selepas menjadi pilihan pada tahun lalu, Muhammad nampaknya sekali lagi mengungguli kedudukan teratas untuk nama bayi lelaki di United Kingdom pada tahun ini. Laman web BabyCentre menyenaraikan 100 nama teratas untuk kedua-dua bayi perempuan dan lelaki pada 2023.



Muhammad menjadi nama paling popular di negara itu untuk beberapa tahun. Ejaan lain bagi nama seperti Mohammed dan Mohammad juga terdapat dalam senarai itu.

Jurucakap BabyCentre Faye Mingo berkata, ibu bapa semakin cakna isu pemberian nama dengan menghabiskan banyak masa memikirkan bukan sahaja mengenai nama bayi mereka, tetapi ejaan nama.

“Mungkin ia kecil, tetapi perbezaan ini penting kepada ibu bapa jadi kami kini akan memasukkan semua ejaan nama bayi individu dalam carta kami,” katanya kepada Mirror.

Muhammad, yang bermaksud terpuji dalam Bahasa Arab ialah nama rasul terakhir umat Islam dan dianggap sebagai nama yang paling banyak digunakan untuk kanak-kanak lelaki di seluruh dunia, dengan pelbagai ejaan dan sering menjadi 10 nama teratas di kebanyakan negara.



Laman web keibubapaan Bump mendedahkan, anggaran 150 juta kanak-kanak lelaki dan lelaki menggunakan nama itu.

Noah, juga nama rasul berada di tempat kedua dalam senarai bayi lelaki diikuti Theo, Leo, Oliver, Arthur, George, Luca, Freddie dan Jack.

Nama Islam lelaki lain disenaraikan antara 100 teratas termasuk Ali, Abdullah, Ibrahim, Abdul, Musa, Ahmed, Yusuf, Omar, Zayn dan Hamza.

Untuk perempuan, Layla ialah nama Muslim paling popular di tempat ke-31, dengan nama lain seperti Maryam, Fatima, Nur, Aisha, Zahra dan Raya, turut tersenarai. Vc



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman



Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram

Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’



Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker