Warisan nafi terima dana sindiket dadah

Warisan nafi terima dana sindiket dadah

Parti Warisan hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu, yang mendakwa kononnya parti itu mendapat dana atau mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.

Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua berkata parti itu menganggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.



Beliau berkata sekiranya tuduhan itu terus berulang, parti itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan Warisan dengan apa-apa aktiviti atau sindiket haram yang melanggar undang-undang.

“Warisan kesal masih ada segelintir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengaitkan kes itu dengan Warisan seperti yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan.

Semalam polis mendedahkan ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ adalah antara 10 lelaki ditahan Isnin lepas di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, dan susulan pengumuman itu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang mengaitkannya dengan parti Warisan. FMT

Warisan nafi terima dana sindiket dadah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman



Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram

Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’



Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker