Kerana dengki pada projek HSR, negara rugi

Kerana dengki pada projek HSR, negara rugi

“KALAU tidak kerana dengki dan angkuh kerana rasa akan berkuasa lama lagi, Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) akan siap pada 2026,” kata Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Kenyataan itu dibuat Mohd Puad menerusi hantaran di media sosial beliau selepas menaiki perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) semalam.



Mohd Puad dalam kenyataan tersebut berkata, perkhidmatan MRT yang disediakan dalam negara ketika ini adalah sangat selesa dan efisien.

Begitupun, Mohd Puad menzahirkan kekecewaan kerana orang ramai tidak dapat menikmati perkhidmatan HSR yang mampu memberi manfaat kepada negara.

“Memang selesa dan efisien naik MRT. Semoga MRT 3 dilaksanakan segera. Tidak bertangguh lagi. Kalau tidak kerana dengki dan angkuh kerana rasa akan berkuasa lama lagi HSR akan siap pada 2026 (dua tahun lagi).

“Akhirnya negara rugi. Tidak pasal-pasal kena bayar pampasan kepada Singapura RM300 Juta. Rayuan kes Pulau Batu Puteh pula ditarik balik hanya sehari dua selepas (Tun Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri ketujuh . Dia patut disaman. Apakah ada kaitan antara kedua-dua isu itu?” katanya.



Untuk rekod, projek HSR ditamatkan pada Januari 2021 selepas Malaysia dan Singapura gagal mencapai persetujuan terhadap beberapa perubahan yang diusulkan Malaysia.

Kedua-dua negara bersetuju membina projek rel itu pada 2013 dan menandatangani perjanjian pembinaannya pada 2016.

Bagaimanapun pada 2018, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menangguhkan pelaksanaannya selama lebih dua tahun sehingga Disember 2020 atas alasan kos terlalu tinggi, sebelum ia dibatalkan pada 1 Januari 2021.

Pembatalan projek itu menyebabkan Malaysia perlu membayar SG$102.8 juta kepada Singapura sebagai pampasan.



Pada 11 Mei lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti kertas cadangan pelaksanaan semula Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura membabitkan pelaburan swasta, dengan beberapa syarikat swasta menyatakan minat melaksanakan semula projek itu. Utv

Kerana dengki pada projek HSR, negara rugi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker