Ular tedung selar ditemui dalam bilik warga emas

Ular tedung selar ditemui dalam bilik warga emas

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas di Kampung Sungai Ular dekat sini berdepan detik cemas dan terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar dalam sebuah bilik di dalam rumahnya, semalam.

Abdul Halim Muda, 67, berkata, pada awalnya dia hanya menyangkakan hanya bayangan atau mainan perasaan sahaja setelah terlihat kelibat seolah-olah seekor ular tedung selar sedang mengembangkan kepala.



Menurutnya, ekoran rasa tidak sedap hati dia kemudiannya meminta seorang anaknya memeriksa bilik tidur berkenaan namun tidak menemui reptilia dilihatnya sebelum itu.

“Bagaimanapun, apabila pemeriksaan dilakukan dalam sebuah lagi bilik tidur berjaya menemui ular tedung selar sedang bersembunyi di dalam bilik tersebut kira-kira pukul 6.50 petang.

“Kejadian ular masuk ke dalam rumah ini merupakan kali keempat tetapi sebelum ini bukan spesies tedung selar,” karanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, dia yang bimbang keselamatan lapan lagi ahli keluarga kemudian menghubungi pasukan penyelamat untuk meminta bantuan menangkap ular tersebut.



Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.10 petang.

Katanya, lima anggota bergegas ke rumah berkenaan dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi menangkap ular tedung sepanjang empat meter yang berada di dalam salah sebuah bilik tidur.

Ujarnya lagi, reptilia berbisa seberat kira-kira 20 kilogram itu disimpan sementara di pejabat APM Daerah Hulu Terengganu dan akan dilepaskan semula ke habitat asalnya. Utusan

Ular tedung selar ditemui dalam bilik warga emas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman



Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram

Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’



Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker