Arus deras Sungai Golok runtuhkan benteng projek PLSB

Paras air sungai yang tinggi dan arus deras mengakibatkan benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pecah dalam kejadian di Kampung Lanchang, Pasir Mas, pagi semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah, berkata ia membabitkan benteng berkenaan pecah dengan kelebaran kira-kira 20 meter.

“Kita mendapat maklumat benteng projek PLSB itu pecah pagi semalam akibat paras air Sungai Golok begitu tinggi.



“Benteng PLSB ketinggiannya 10 meter lebih, manakala air Sungai Golok semalam mencecah 11.03 meter.  Arus yang begitu deras menyebabkan benteng berdekatan Kampung Lanchang pecah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial rakaman video memaparkan keadaan benteng berkenaan yang pecah akibat arus dan banjir yang melanda kawasan terbabit.

Sementara itu Marinamarican berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat turun ke lokasi benteng pecah tersebut susulan arus yang deras.

“Buat masa sekarang kita hanya tengok (keadaan) benteng itu menerusi video yang tular dan pegawai belum dapat ke lokasi memandangkan arus masih deras,” katanya.



Untuk rekod, benteng PLSB menjadi rungutan penduduk sekitar Rantau Panjang yang mendakwa projek itu menjadi punca kekerapan banjir termasuk banjir termenung di kawasan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker