Puteri Sarah menangis di bahu Andi (Video)

Puteri Sarah menangis di bahu Andi (Video)

Terkini pelakon jelita Puteri Sarah Liyana telah viral di TikTok apabila rakaman siaran langsungnya bersama pelakon berasal Indonesia Andi Arsyil Rahman tular di media sosial dan meraih perhatian netizen.

Dalam video berkenaan, Andi Arsyil meminta Puteri Sarah untuk memaafkan individu yang telah menghina dirinya melalui komen-komen yang ditinggalkan semasa siaran langsung. Namun, terkejutnya aktres ini terus merasa sebak dan menangis di bahu Andi.



Awak maafkan mereka dulu, maafkan semua orang yang menghina awak, ya maafkan mereka. “Saya maafkan kalian.” Macam tu saja tak apa. Itu jadi pahala buat awak.

Setelah rakannya itu mengucapkan kata-kata tersebut, air mata pelakon ini terus tidak tertahan dan terlerai kerana sedih apabila menerima komen-komen negatif yang bertubi-tubi dari penonton.

Sebelum ini, dalam siaran lagsung yang lain, Puteri Sarah juga kelihatan tidak selesa dan agak marah apabila ada yang masih bertanyakan tentang bekas suaminya Syamsul Yusof ketika dirinya sedang cuba untuk berniaga.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah sah bercerai pada 14 Jun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.



Puteri Sarah menangis di bahu Andi (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah



Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker